Coretan

Pengalaman mendewasakan kita. Oleh itu, sedikit perkongsian dari saya, Mohammad Alef Mohd Razali, Pelajar Falkulti Pendidikan, Pendidikan Khas Tahun Dua ketika menjadi sukarelawan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Lembah Pantai. Orang berbudi kita berbahasa...Orang memberi kita merasa... segala tunjuk ajar tidak dapat dibeli dengan wang ringgit..

Refleksi Individu mingguan. 

Minggu 1: 23 Oktober 2014 (Khamis)

Pada minggu pertama , tugasan kami adalah mendapatkan maklumat berkaitan PDK, kakitangannya dan demografi pelatihnya. Alhamdulillah ianya berjalan dengan lancar apabila kami mendapat respon yang positif dari petugas dan penyelia PDK akan kehadiran kami. Pada hari pertama apa yang saya rasakan adalah kekurangan kesedaran masyarakat setempat akan kewujudan PDK serta fungsinya. Hal ini kerana saya bertanya kepada seorang penggerai tersebut bagi mendapatkan arah PDK tersebut dan dia memberi arah yang salah.

Seterusnya, berkaitan dengan jangkaan awal PDK, adalah sebuah rumah yang dikelilingi tanah lapang dan taman permainan, namun jangkaan ini meleset setelah sampai, PDK Lembah Pantai adalah rumah teres dua biji rumah yang bertentangan dan kedudukan rumah di kawasan berlereng. Jadi, ianya mungkin menyukarkan saya dan ahli kumpulan melakukan aktiviti di luar rumah.

 Minggu 2: 30 Oktober 2014 (Khamis)

 Pada minggu ke dua, Alhamdulillah kami sampai awal di PDK dan melakukan aktiviti berkenalan dengan pelatih. Apa yang dapat dilihat adalah penerimaan ibu bapa serta penjaga yang hadir menemani anak-anak mereka adalah positif. Mereka menerima kehadiran kami dengan baik. Setiap kali diajukan pelbagai persoalan berkaitan dengan anak mereka, contohnya masalah tertentu, mereka mampu menjawab dan menjelaskan dengan lebih terperinci. Pada anggapan awal saya, penjaga ini tidak akan menceritakannya kerana malu. Tetapi ianya meleset sama sekali. Mereka menerima kehadiran anak mereka dalam kehidupan mereka tanpa merasakan ia sebagai beban.

Dalam aktiviti seterusnya, saya melihat, kebanyakan kanak-kanak serta pelatih dewasa sememangnya berminat dengan nyanyian. Dimana mereka menunjukkan minat yang mendalam dan meminta untuk melakukan aktiviti itu dengan lebih lama. Pada minggu ini juga, saya melakukan tugasan kedua iaitu melakukan soal selidik berkaitan keperluan dan kekurangan PDK tersebut, dan saya mendapati terdapat banyak kekurang. Sebagai contoh, Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah sangat kurang. Kanak-kanak hanyalah belajar menerusi papan putih. Mereka tidak didedahkan dengan penggunaan BBM seperti abjad atau nombor.

Seterusnya, saya turut mengetahui daripada petugas berkaitan sikap jiran PDK tersebut yang tidak mesra dan bersifat mendengki. Hal ini berdasarkan apa yang diceritakan oleh mereka, jiran tersebut pernah mengadu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bahawa PDK tersebut menternak jentik-jentik didalam kolam ikan dihadapan rumah, sedangkan kolam tersebut mempunyai pengairan yang baik dan pihak PDK terpaksa menambun kolam terebut dengan tanah. Respon yang baik dari petugas PDK turut positif kerana sanggup berkongsi pengalaman dengan kami.

Minggu 3: 6 November 2014 (Khamis)

Pada minggu ke tiga kami meneruskan aktiviti kami iaitu mewarna menggunakan teknik renjisan. Pada kali ini apa yang dapat saya katakan iailah kekurangan kefahaman ahli pasukan dalam bidang tugas masing-masing. Dimana ada ahli pasukan yang hanya bertindak selepas arahan dikeluarkan dan tidak memikirkn inisiatif sendiri membantu ahli pasukan. Oleh itu apa yang dapat saya katakan sebagai seorang guru, kita perlu kreatif dan bukannya menjadi tukul dan paku, sekali ketuk sekali masuk. Daripada pemerhatian saya terhadap pelatih ketika aktiviti ini dilakukan, mereka menunjukkan minat yang sangat tinggi. Kemungkinan mereka jarang melakukan aktiviti sedemikian. Hal ini berdasarkan pemerhatian saya, tiada kelengkapan warna air di sediakan di PDK tersebut. 

Seterusnya ketika aktiviti melipat origami, saya merasakan aktiviti ini tidak sesuai untuk pelatih kerana ianya memerlukan ketelitian dalam lipatan sedangkan terdapat pelatih yeng mempunyai masalah motor halus. Lebih baik sekiranya aktiviti ini dimulakan dengan melipat bentuk asas menggunakan kertas atau memenbentuk kipas, kerana ia lebih efektif daripada terus melipat membentuk sesuatu yang agak sukar. Pada kali ini, saya berfikir akan perancangan aktiviti yang lebih sesuai dan menyeronokkan serta bermanfaat pada masa akan datang kepada mereka. Minggu 4: 13 November 2014 (Khamis) Pada minggu ini kami melakukan aktiviti senamrobik dan mewarna haiwan. apa yang boleh diperkatakan segalanya berjalan lancar dengan kerjasama yang baik dari pelatih serta petugas. Semua pelatih ikut serta dalam aktiviti ini. Saya bertindak sebagai pembantu dalam teknikal Alhamdulillah mampu menyediakan kelengkapan untuk senamrobik. Ketika melakukan aktiviti ini saya ada bertanya kepada petugas berkaitan kelengkapan seperti projector dan sound sistem, namun dia mengatakan bahawa peralatan tersebut hilang kerana dicuri oleh pihak tidak bertanggung jawab.

Begitulah sikap manusia masih, suka mengambil kesempatan terhadap orang lain walaupun selemah-lemah insane. Kembali kepada persiapan tugasan saya iaitu melakukan persiapan bagi memenuhi kertas kerja program akhir, saya cuba melakukan seperti yang diminta oleh petugas iaitu membuat aktiviti di taman tema air. Hasilnya, Alhamdulillah, tempat telah ditemui tetapi terdapat pelbagai halangan seperti aktiviti yang disediakan tidak berkesesuaian, serta caj yang agak mahal. Ditambah dengan kumpulan kami yang mempunyai masalah dalam kewangan. Kesukaran mendapatkan sponser dari pihak tertentu amatlah tinggi sebagai contoh, saya cuba mendapatkan kewangan dari Adun Lembah Pantai, Iaitu Nurul Izzah Anwar tetapi dihalang oleh penyelia berikutan, perbezaan parti politik. Apa yang dapat saya katakan, sememangnya politik menguasai minda masyarakat sedangkan amanah yang dipikul itu lebih tinggi. Dengan redha saya membatalkan hasrat tersebut. Kami bersama ahli kumpulan lain berikhtiar mendapatkan bantuan yang lain.

Minggu 5: 26 November 2014 (Rabu) ganti 20 November 2014 

Pada minggu ini saya dan ahli kumpulan hanya melakukan aktiviti berkebun iaitu melakukan kerja pembersihan di belakang rumah dan di belakang rumah. Apa yang boleh diperkatakan pada kali ini ialah respon pelatih terhadap aktiviti kami. Pada hari ini pelatih kanak-kanak diberikan cuti manakal tinggal pelatih dewasa sahaja. Hanya sebahagian sahaja pelatih memberi respon positif iaitu mengikut kami bersama-sama mencabut rumput dan membersihkan kawasan tersebut. Manakala pelatih lain kelihatan malas, hanya duduk di atas kerusi. Terdapat juga pelatih yang pergi tetapi hanya melihat, dan berkata ‘taknak buat, kotor’, seolah-olah mereka langsung tidak dilatih untuk menjaga kebersihan. Pelatih yang lain pula seolah-olah malas untuk membuat sebarang aktiviti, samada mereka hanya berfikir datang ke PDK untuk mengisi masa lapang atau apa-apa pun. Namun Alhamdulillah terdapat juga pelatih yang rajin.

 Pada pandangan saya, secara kasarnya, pelatih dewasa di PDK perlu diubah konsepnya, dimana mereka kadang kala, hadir ke PDK, makan dan balik apabila tiba waktunya. Bagi pelatih yang dilihat berkemampuan dalam bidang kemahiran mereka perlu membuat atau menghasilkan sesuatu agar gaya hidup di PDK berubah disamping mereka boleh menyara hidup mereka. Hal ini adalah bergantung kepada cetusan idea oleh petugas dan ahli jawatan kuasa PDK tersebut. Insyaallah ia boleh dilaksanakan jika mendapat kerjasama dari pihak tertentu.

 Minggu 6: 27 November 2014 (Khamis)

 Alhamdulillah, sudah masuk minggu ke enam saya berada di PDK Lembah Pantai, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan di PDK. Pada minggu ini, kami membantu ibubapa untuk majlis berkhatan adik Ikmal pada sebelah pagi. Alhadulillah segalanya berjalan dengan lancar. Namun, terdapat satu isu yang dibincangkan dan disuarakan oleh ibubapa Ikmal iaitu, tidak terdapat pakar yang dikhaskan bagi menguruskan urusan berkhatan kanak-kanak kelainan upaya khususnya kanak-kanak hiperaktif. Seperti diketahui umum, kanak-kanak hiperaktif mengalami kesukaran untuk duduk diam, sama seperti adik Ikmal, jadi kebanyakkan doktor yang ditanya oleh ibunya, menolak kesanggupan untuk menyunat adik Ikmal kerana masalah ini. Perkara ini seharusnya perlu disuarakan ke laluan yang betul agar ada penyelesaiannya. Keprihatinan pihak tertentu dalam hal ini akan membantu keluarga yang mempunyai anak-anak kelainan upaya khususnya hiperaktif.

Setelah tamat majlis tersebut, kami melakukan aktiviti kolaj iaitu menggunakan kacang hijau disusun membentuk tulisan hari-hari dalam seminggu. Pelatih menunjukkan keinginan untuk melakukannya meskipun terdapat pelatih yang terketar-ketar melakukannya, namun mereka mampu membuatnya. Namun, kebanyakkan aktiviti yang memerlukan ketelitian,masa yang diperlukan adalah lebih lama kerana mereka cuba untuk menghabiskannya. Ketika aktiviti ini, saya dapat melihat mana-mana pelajar yang mudah menyerah kalah atau mudah bosan dengan satu aktiviti dan mana-mana pelajar yang gigih berusaha.

Pada minggu ini juga saya dapat melihat proses menguruskan program dengan sangat detail iaitu program di Taman Tema Air. Dimana setiap pergerakan perlu di ‘update’ segera dengan pihak tertentu. Namun program di Taman Tema Air terpaksa di batalkan dan saya mengambil keputusan drastic sebagai pelan B untuk membuatnya di Pusat Pemulihan Pantai Hill Park, namun, ianya terpaksa dibatalkan berikutan tarikhnya berselisih dengan program lain di situ. Pada waktu tu, perasaan semamngnya agak hampa, kerana saya terpaksa tukar kertas kerja sebanyak dua kali. Tetapi, saya cuba dengan pelan C iaitu membuatnya di Kolam Renang, Vista Angkasa, tetapi sekali lagi ia terpaksa di batalkan kerana faktor keluasan tempat dan keselamatan pelatih. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk dibincangkan semula pada perjumaan bersama ahli kumpulan. Jika anda di tempat saya, apakah yang mungkin anda lakukan, tetapi saya cuba buat yang terbaik kerana inginkan yamg terbaik untuk pelatih dan petugas PDK Lembah Pantai.

Minggu 7: 4 Disember 2014 (Khamis) 

Pada minggu ke 7, saya bersama ahli kumpulan melakukan 3 perkara iaitu senam robik, berkebun(membersihkan halaman rumah) dan nyanyian lagu ‘Negaraku’. Pada hari ini segalanya berjalan lancar dan mendapat sambutan. Ketika nyanyian lagu ‘Negaraku’, saya melihat pelajar tersebut cukup bersemangat menyanyikannya meskipun sebutan mereka tidak berapa jelas, tetapi semangat yang ditunjukkan jelas terpancar pada raut wajah dan senyuman mereka. Sterusnya pada hari ini saya telah selesaikan tugasan terakhir iaitu melakukan lawatan di Muzeum Coklat, Kota Damansara, Alhamdulillah segalanya di persetujui, seperti pepatah melayu, manusia yang berusaha dia akan mendapat hasilnya dan manusia malas mencari alasan, manusia rajin mencari jalan. Berpegang dengan pepatah tersebut saya dan kumpulan mampu merancangan program lawatan ke Muzeum Coklat, Kota Damansara pada minggu ke 8.

Minggu 8: 10 Disember 2014 (Rabu) 

Pada minggu ini, saya dan ahli kumpulan akan mengadakan program terakhir iaitu program lawatan ke Muzeum Coklat, Kota Damansara. Idea Muzeum Chocolate ini datang dari ketua kumpulan iaitu Ruwaida Rosli setelah beberapa kali kami gagal untuk membuat program lain. Segalanya berjalan lancar pada hari kejadian. Apa yang saya dapat lihat dan rasai adalah bagaimana seorang ibu atau bapa mampu menjaga anak-anak mereka yang istimewa ini belasan tahun mahupun puluhan tahun. Begitu tabah hati mereka. Sedangkan saya yang menjaga mereka sepanjang program ini tidak termampu melayan karenah mereka tetapi, terus sabar kerana ini adalah pilihan saya, ini adalah masa depan saya dan yang paling penting ini adalah takdir saya yang sudah tersurat. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami pulang ke UKM etelah menghantar pelatih ke PDK.

 


“setiap senyum memberi seribu makna dan harapan”

No comments:

Post a Comment