Monday, 8 December 2014

assalamualaikum dan salam sejahtera...
pada kali ini.. ade sedikit perkongsian berkaitan perkembangan kanak-kanak.

PERKEMBANGAN PRA-KELAHIRAN
Perkembangan pra kelahiran di bagi menjadi 3  tempoh iaitu:

1)       Tempoh Germinal (germinal stage)
v  Tempoh perkembangan pra kelahiran yang berlaku pada 2 minggu selepas persenyawaan. Ini meliputi pembentukan telur yang disenyawakan di sebut zigot, pembelahan sel, dan melekatnya zigot pada dinding rahim.
v   Pembelahan sel yang cepat oleh zigot memulakan tempoh germinal pada kira-kira 1 minggu selepas persenyawaan, pembahagian sel-sel ini spesialisainya untuk tugas-tugas tertentu telah bermula. 
v  Pada tahap ini kelompok sel yang disebut blastocyst , terdiri daripada banyak sel-sel yang akan berkembang menjadi embrio dan trophobalast , lapisan luar sel yang berkembang selama tempoh germinal. Implantasi, melekatnya zigot pada dinding rahim, berlaku sekitar 10-14 hari selepas persenyawaan.


2)       Tempoh Embrionik (embryonic stage)
v  Perode perkembangan pra kelahiran yang berlaku dari 2-8 minggu selepas persenyawaan. Selama tempoh embrio, angka pembahagian sel meningkat, sistem pendukung terbentuk dan organ-organ muncul. 
v  Tempoh ini mulai saat blastococyst melekat pada dinding rahim. Masa sel sekarang disebut embrio, dan tiga lapisan sel terbentuk iaitu, endodern embrio, ektoderm, dan mesodern.
v   Saat tiga lapisan embrio ini terbentuk, sistem sokongan hayat bagi embrio berkembang dengan cepat. 
Pada sekitar 21 hari, mata mulai nampak, dan sekitar 24 hari sel-sel jantung mula memisah. Selama minggu ke 4 sistem urogenital menjadi jelas, dan bakal tangan serta kaki muncul. Empat bilik jantung terbentuk, dan pembulu darah nampak.

v  Dari minggu 5 hingga 8 tangan dan kaki semakin memisah, pada saat ini wajah mulai terbentuk tetapi belum jelas. 
v  Usus berkembang dan struktur wajah tampak. Setelah 8 minggu, organisma yang sedang berkembang memiliki berat sekitar 1/30 ons, dan panjang hanya 1 inci.

3)       Tempoh Fetal (fetal stage)
v  tempoh perkembangan prakelahiran yang bermula 2 bulan setelah pembuahan dan berlangsung selama 7 bulan, rata-rata. 
v  Tiga bulan selepas persenyawaan janin memiliki panjang sekitar 3 inci dan berat sekitar 1 ons. Janin mula aktif, menggerakan kepalanya. 
v  Wajah, dahi, kelopak mata, hidung, dan dagu tidak dapat dibezakan, demikian pula lengan atas, lengan bawah, tangan dan kaki. 
v  Kelamin boleh dikenalpasti pada akhir bulan keempat, janin telah tumbuh sekitar 6 inci panjangnya, dan beratnya 4 hingga 7 ons. 
v  Pada saat ini juga gerakan lengan dan kaki dapat dirasakan pertama kalinya.
v  Diakhir bulan ke 5 janin sekitar 12 ins panjangnya dan beratnya hampir 1 pon. 
v  Struktur kulit telah terbentuk, kuku kaki dan tangan. Diakhir bulan keenam janin sekitar 14 inci panjangnya menjadi satu setengah pon. 
v  Mata dan kelopak mata terbentuk secara penuh, dan sebuah lapisan tipis rambut menutupi kepala. 

v  Refleks menggenggam muncul, dan gerakan nafas yang tidak teratur berlaku. Pada sekitar 7 bulan, janin untuk pertama kali memiliki kesempatan untuk bertahan hidup di luar rahim, iaitu janinmampu tumbuh .
v  Selama 2 bulan terkini perkembangan prakelahiran, jaringan lemak berkembang dan fungsi pelbagai sistem organ, jantung dan buah pinggang meningkat. 
v  Diakhir bulan ke 7, janin panjangnya sekitar 16 inci dan beratnya 3 pon. Selama bulan 8 dan 9, janin tumbuh lebih panjang dan memperoleh berat yang cukup banyak sekitar 4 pon.

Kelahiran Ganda
Kelahiran ganda boleh berlaku melalui dua cara:
1)       Kembar Dizigot / Kembar sepusat (kembar fraternal) adalah badan ibu menghasilkan dua ovum dalam jangka waktu yang berdekatan atau kadang-kadang satu ovum yang belum disenyawakan membelah menjadi dua, lalu kedua-dua ovum tersebut dibuahi. Karakteristiknya kurang lebih sama seperti kakak adik pada umumnya dan berjenis sana atau berbeza.

2)       Kembar Monozigot (monozygotic twins) adalah saat satu ovum yang sudah disenyawakan terbelah menjadi dua. Hasilnya kembar, kembar tiga, kembar empat, dan kelahiran ganda yang lain. Kembar ini mempunyai ciri-ciri terbina dalam yang sama dan berjenis kelamin sama, tetapi perbezaan pengalaman masa prenatal dan selepas kelahiran mereka berbeza dalam beberapa hal. Ciri-ciri fizikal, seperti rambut keriting, pola gigi, dan penggunaan tangan, boleh jadi bertolak belakang




Kod Genetik
v  Kromosom (chromosomes) adalah lingkaran DNA yang terdiri atas bahagian yang lebih kecil dan disebut gen (genes), unit berfungsi dari bawaan. Setiap sel dalam tubuh manusia normal kecuali seks (sperma dan ovum) mempunyai 23 pasang kromosom, totalnya 46. 

v  Maka apabila sperma dan ovum bersatu ketika konsepsi, mereka menghasilkan zigot dengan 46 kromosom, 23 dari ayah 23 dari ibu.

v  Setelah menjadi zigot, penyelidikan menunjukkan bahawa ada sekumpulan gen tertentu yang bertanggung jawab untuk mengubah makhluk bertulang belakang, gen yang menghasilkan molekul ini disebut morfogen . 

v  Morfogen bekerja membentuk lengan, tangan, jari, tulang belakang, tulang rusuk, otak dan bahagian-bahagian tubuh lain.

v  Pada saat konsepsi, 23 kromosom dari sperma dan 23 dari ovum membentuk 23 pasang. Sebanyak 22 pasang adalah autosom (autosomes), kromosom yang tidak berkaitan dengan ekspresi seksual. Pasangan yang ke 23 adalah kromosom seks (sex chromosomes), satu dari ayah satu dari ibu yang menentukan jantina bayi.

v  Seorang laki-laki mempunyai kromosom X dan Y. Perempuan mempunyai dua kromosom iaitu XX. Bayi laki-laki menerima kromosom Y dari ayah dan X dari ibunya, sementara perempuan menerima kromosom dari ayah X dan X dari ibunya.


sekian dari saya.. diharap dapat membantu... tq


No comments:

Post a Comment