assalamualaikum dan salam sejahtera...
pada kali ini.. ade sedikit perkongsian berkaitan perkembangan kanak-kanak.
PERKEMBANGAN PRA-KELAHIRAN
Perkembangan
pra kelahiran di bagi menjadi 3 tempoh iaitu:
1)
Tempoh Germinal (germinal stage)
v Tempoh perkembangan pra kelahiran yang
berlaku pada 2 minggu selepas persenyawaan. Ini meliputi pembentukan telur
yang disenyawakan di sebut zigot, pembelahan sel, dan melekatnya zigot pada
dinding rahim.
v Pembelahan sel yang cepat oleh
zigot memulakan tempoh germinal pada kira-kira 1 minggu selepas persenyawaan,
pembahagian sel-sel ini spesialisainya untuk tugas-tugas tertentu telah
bermula.
v Pada tahap ini kelompok sel yang
disebut blastocyst , terdiri daripada banyak sel-sel yang akan
berkembang menjadi embrio dan trophobalast , lapisan luar sel yang
berkembang selama tempoh germinal. Implantasi, melekatnya zigot pada
dinding rahim, berlaku sekitar 10-14 hari selepas persenyawaan.
2)
Tempoh Embrionik (embryonic stage)
v Perode perkembangan pra kelahiran yang
berlaku dari 2-8 minggu selepas persenyawaan. Selama tempoh embrio, angka
pembahagian sel meningkat, sistem pendukung terbentuk dan organ-organ
muncul.
v Tempoh ini mulai saat blastococyst
melekat pada dinding rahim. Masa sel sekarang disebut embrio, dan tiga
lapisan sel terbentuk iaitu, endodern embrio, ektoderm, dan mesodern.
v Saat tiga lapisan embrio ini
terbentuk, sistem sokongan hayat bagi embrio berkembang dengan cepat.
Pada sekitar 21 hari,
mata mulai nampak, dan sekitar 24 hari sel-sel jantung mula
memisah. Selama minggu ke 4 sistem urogenital menjadi jelas, dan bakal tangan serta
kaki muncul. Empat bilik jantung terbentuk, dan pembulu darah nampak.
v Dari minggu 5 hingga 8 tangan dan kaki
semakin memisah, pada saat ini wajah mulai terbentuk tetapi belum jelas.
v Usus berkembang dan struktur wajah tampak. Setelah
8 minggu, organisma yang sedang berkembang memiliki berat sekitar 1/30 ons, dan
panjang hanya 1 inci.
3)
Tempoh Fetal (fetal stage)
v tempoh perkembangan prakelahiran yang
bermula 2 bulan setelah pembuahan dan berlangsung selama 7 bulan, rata-rata.
v Tiga bulan selepas persenyawaan janin
memiliki panjang sekitar 3 inci dan berat sekitar 1 ons. Janin mula aktif,
menggerakan kepalanya.
v Wajah, dahi, kelopak mata, hidung, dan
dagu tidak dapat dibezakan, demikian pula lengan atas, lengan bawah, tangan dan
kaki.
v Kelamin boleh dikenalpasti pada akhir
bulan keempat, janin telah tumbuh sekitar 6 inci panjangnya, dan beratnya 4
hingga 7 ons.
v Pada saat ini juga gerakan lengan dan
kaki dapat dirasakan pertama kalinya.
v Diakhir bulan ke 5 janin sekitar 12 ins
panjangnya dan beratnya hampir 1 pon.
v Struktur kulit telah terbentuk, kuku
kaki dan tangan. Diakhir bulan keenam janin sekitar 14 inci panjangnya
menjadi satu setengah pon.
v Mata dan kelopak mata terbentuk secara
penuh, dan sebuah lapisan tipis rambut menutupi kepala.
v Refleks menggenggam muncul, dan gerakan
nafas yang tidak teratur berlaku. Pada sekitar 7 bulan, janin untuk
pertama kali memiliki kesempatan untuk bertahan hidup di luar rahim, iaitu
janinmampu tumbuh .
v Selama 2 bulan terkini perkembangan
prakelahiran, jaringan lemak berkembang dan fungsi pelbagai sistem organ,
jantung dan buah pinggang meningkat.
v Diakhir bulan ke 7, janin panjangnya
sekitar 16 inci dan beratnya 3 pon. Selama bulan 8 dan 9, janin tumbuh
lebih panjang dan memperoleh berat yang cukup banyak sekitar 4 pon.
Kelahiran Ganda
Kelahiran
ganda boleh berlaku melalui dua cara:
1)
Kembar Dizigot / Kembar sepusat
(kembar fraternal) adalah badan ibu menghasilkan dua ovum dalam jangka waktu
yang berdekatan atau kadang-kadang satu ovum yang belum disenyawakan membelah
menjadi dua, lalu kedua-dua ovum tersebut dibuahi. Karakteristiknya kurang
lebih sama seperti kakak adik pada umumnya dan berjenis sana atau berbeza.
2)
Kembar Monozigot
(monozygotic twins) adalah saat satu ovum yang sudah disenyawakan terbelah
menjadi dua. Hasilnya kembar, kembar tiga, kembar empat, dan kelahiran
ganda yang lain. Kembar ini mempunyai ciri-ciri terbina dalam yang sama
dan berjenis kelamin sama, tetapi perbezaan pengalaman masa prenatal dan
selepas kelahiran mereka berbeza dalam beberapa hal. Ciri-ciri fizikal,
seperti rambut keriting, pola gigi, dan penggunaan tangan, boleh jadi bertolak
belakang
Kod Genetik
v Kromosom (chromosomes) adalah lingkaran
DNA yang terdiri atas bahagian yang lebih kecil dan disebut gen (genes), unit
berfungsi dari bawaan. Setiap sel dalam tubuh manusia normal kecuali seks
(sperma dan ovum) mempunyai 23 pasang kromosom, totalnya 46.
v Maka apabila sperma dan ovum bersatu
ketika konsepsi, mereka menghasilkan zigot dengan 46 kromosom, 23
dari ayah 23 dari ibu.
v Setelah menjadi zigot, penyelidikan
menunjukkan bahawa ada sekumpulan gen tertentu yang bertanggung jawab untuk
mengubah makhluk bertulang belakang, gen yang menghasilkan molekul ini
disebut morfogen .
v Morfogen bekerja membentuk lengan,
tangan, jari, tulang belakang, tulang rusuk, otak dan bahagian-bahagian tubuh
lain.
v Pada saat konsepsi, 23 kromosom dari
sperma dan 23 dari ovum membentuk 23 pasang. Sebanyak 22 pasang adalah
autosom (autosomes), kromosom yang tidak berkaitan dengan ekspresi
seksual. Pasangan yang ke 23 adalah kromosom seks (sex chromosomes), satu
dari ayah satu dari ibu yang menentukan jantina bayi.
v Seorang laki-laki mempunyai kromosom X
dan Y. Perempuan mempunyai dua kromosom iaitu XX. Bayi laki-laki
menerima kromosom Y dari ayah dan X dari ibunya, sementara perempuan menerima
kromosom dari ayah X dan X dari ibunya.
sekian dari saya.. diharap dapat membantu... tq